Peminat dan pesaing Torino_F.C.

Lihat juga: Derby della Mole

Peminat dan penyokong Torino memegng beberapa perbezaan termasuk kumpulan penyokong pertama pertama di Itali, Fedelissimi Granata yang diasas pada 1951.[27] Penyokong Torino juga membentangkan panji kelab pertama mereka di Stadio Filadelfia dan menyusun perjalanan mereka untuk menyokong Torino di tempat lawan melalui penerbangan udara pada perlawanan menentang Roma pada 1963.[28] Di arena Filadelfia, Oreste Bolmida, seorang peniup trompet terkenal melalui filem Ora e per sempre yang juga ditayangkan.[29] Pada era 1970an, peminat kelab ini mula menyusun koreografi pertama kelab yang telah digunakan dalam iklan pengeluar kereta Perancis, Renault pada dekad akan datang.[30] Pada 1979, curva Maratona dianugerahkan sebagai "pendirian terindah Eropah" oleh majalah Perancis Onze Mondial; imej seksyen stadium ini kemudiannya dipaparkan di sampul majalah France Football pada 21 Disember.[31]

Peminat Torino juga "dikembarkan" dengan peminat-peminat Fiorentina. Perhubungan antara kedua-dua penyokong ini bermula pada awal 1970an yang berkait dengn sentimen anti-Juventus dan semakin merapat dengan Viola selepas tragedi Superga.

Hubungan rapat dengan kelab Brazil, Corinthians dan Torino diimbas kembali ke tahun 1914. Pada tahun itu, Torino menjadi kelab Itali pertama yang mendarat ke Amerika Selatan untuk jelajah bola sepak. Kelab ini bermain enam perlawanan persahabatan, dua daripadanya menentang Corinthians dan sejak itu, hubungan kedua-dua kelab ini semakin berkembang dan rapat. Pada 4 Mei 1949, ketika Grande Torino terkorban dalam nahas kapal terbang di Superga, Corinthians bersimpati kepada rakyat Itali dalam satu perlawanan persahabatan menentang Portuguesa dan Corinthians beraksi pada perlawanan itu dengan pakaian Torino.

Pemain Torino, Graziani dihalang oleh dua pemain Juventus, Scirea dan Benetti ketika pertembungan merebut kejuaraan Scudetto pada musim 1976–77

Kelab Argentina, River Plate sejak dahulu lagi amat rapat dengan Torino sejak tragedi Superga. Beberapa tahun kemudian selepas peristiwa itu, kelab Argentina itu mula semakin rapat dengan Torino dengan mengadakan perlawanan persahabatan dan melakukan kutipan derma untuk membangunkan Torino. Pada 26 Mei 1949, River Plate terbang ke Turin untuk beraksi perlawanan amal yang dianjurkan FIGC bersama-sama dengan pilihan pemain terkuat Itali pada era itu dan berkumpul di bawah nama "simbol Torino."[32] Sebagai bukti hubungan antara kedua-dua kelab, beberapa kali jersi kelab Argentina itu bertukar warna marun (terkini pada musim 2005–06) sementara Torino memakai beberapa variasi kit pelawat sebagai penghormatan kepada kit tuan rumah River Plte.[33]

Antara pesaing tradisi Torino ialah Sampdoria, Piacenza, Verona, Lazio, Perugia, Internazionale, Atalanta, Ternana dan Ancona. Hubungan persahabatan antara Torino dan Genoa bertukar negatif selepas perlawanan antara Torino dan Genoa pada 24 Mei 2009 yang menyebabkan Torino tersingkir ke Serie B. Pada 16 Disember 2012, hari perlawanan pertama kedua-dua pasukan ini selepas Torino kembali ke Serie A, pergaduhan tercetus antara kedua-dua penyokong kelab. Persaingan dengan musuh setempat, Juventus adalah yang paling sengit dengan kedua-dua pasukan sentiasa tidak sepakat dan pertembungan kedua-dua pasukan ini dikenali sebagai Derby della Mole, salah satu pertembungan paling popular di Itali dan yang tertua masih dipertikaikan.

Rujukan

WikiPedia: Torino_F.C. http://www.calcioromantico.com/a-spasso-nel-tempo/... http://www.italia1910.com/serie-a-classifica-perpe... http://www.canottaggiolombardia.it/ust/storia/stor... http://cellulagranata.it/index.php/torino/il-toro/... http://www.enciclopediadelcalcio.it/FerriniG.html http://www.osservatoriosport.interno.gov.it/allega... http://www3.lastampa.it/sport/sezioni/quitoro/arti... http://www.legaseriea.it/it/serie-a-tim/calciatore... http://www.motociclismo.it/suzuki-e-official-spons... http://sport.notizie.it/dramma-river-plate-piange-...